CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, May 26, 2008

Baca betol2 tau....!!!!!

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !



PERTAMA. Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA. Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

KEEMPAT. Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA. Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH. Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN. Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN. Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS. Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS. Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
Rasa hormat pada diri sendiri;
Rasa hormat kepada orang lain;
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS. Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu. KEDUAPULUH.Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
Kini tibalah bahagian yang MENYERONOKKAN! Totem tantra ini telah dihantar kepada anda untuk kebaikan. Totem ini telah diedarkan ke seluruh dunia setakat ini sebanyak sepuluh kali. Kepercayaan orang China, dalam tempoh empat hari dari tarikh totem ini anda edarkan anda akan beroleh keuntungan. Sila hantarkan salinan kepada mereka yang pada pendapat anda memerlukan kebaikan. Janganlah hantarkan wang kerana nilai takdir tidak boleh dijual beli.

Dilarang menyimpan pesanan ini. Totem tantra ini hendaklah berada di tangan anda dalam tempoh 96 jam dari masa anda menerimanya. Anda akan menerima suatu kejutan yang amat menyeronokkan.Kebenarannya akan terserlah, walaupun anda tidak mempercayai perkara yang karut-marut. Edarkan maklumat ini sekurang-kurangnya kepada 5 orang dan anda akan merasai perubahan positif yang berlaku dalam hidup anda. 0-4 orang: Anda kan mengalami perubahan kehidupan yang kecil.5-9 orang: Peningkatan perubahan kehidupan anda berada di tahap yang anda benar-benar ingini. 9-14 orang: Anda akan menerima sekurang-kurangnya 5 kejutan dalam setiap 3 minggu.

15 dan lebih orang: Taraf kehidupan anda akan meningkat dengan pantas!!

Sunday, May 25, 2008

Kisah Malam Pertama

Suasana masih riuh di luar.. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur..

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum! " ke telinganya untuk Menguji
isteriku.

"Wa alaikummussalam. " Rupanya isteriku masih belum tidur.. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku
tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini.
Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg. ...."

"Tik..tik..tik. .tik..."

"Kring.. kring..kring. ."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang
seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku..

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree..kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan... Potong stim betullah!!!

TAMAT

Lesson learn nye kat sini ...... buka leerRRRR hadiah tuu duluu...

Juara AF6 - Stacy

Thursday, May 22, 2008

Mukjizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.



Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.



Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .



Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.



Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.



"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.


Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.

;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.


2) Menjauhi segala yg haram.


3) Merendahkan diri.



Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.


2) Merahsiakan sedekahnya.


3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.



Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.


2) Menjauhi kejahatan.


3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.



Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.


2) Menghisab dirinya.


3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.



Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.


45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.


Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.



Kepada sahabatku yang dimuliai & dihormati...
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui
e-mail mahupun edit/mengedit dan lain-lain..tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali....

Manchester United telah juara EPL & UeFA.. Piala FA je terlepas...

| M a r i | B e r p a n t u n | S e l o k a.. |

Pantun "Diam"

Air berkocak tak nampak bayang,
Bebeyang hilang jiwa melayang,
Diamku bukan kerana tak sayang,
Ada penghalang buat kuwalang.

Bagaimana hendak kutuliskan,
Ada idea tapi dah hilang,
Bagaimana hendak kujelaskan,
Ada syarat jadi penghalang.

Pantun Berkasih

Pok pok punggung ditepuk,
Punggung ditepuk di tepi teluk,
Apa guna bertilam empuk,
Kalau tidur tak berpeluk-peluk.

Apa guna berambut panjang,
Kalau tidak disisir rapi,
Apa guna berkata sayang,
Kalau tidak sepenuh hati.

Sunyi

Bujang senang main berdua,
Sedang menunggu menjaga kayak,
Seloka pantun warisan budaya,
Mekar suburnya sepanjang hayat.

Bunga sedudup lebat ditangkai,
Harum mewangi ke Desa Jati,
Bila hidup hajat tak sampai,
Berkurun sunyi terasa mati.

Raja hari

Daging ayam hendak dicari,
Untuk ibu masak kati,
Pengantin jadi Raja sehari,
Jumaat pula, raja segala hari.

Malas belajar jadi dunggu,
Silap langkah, menyentuh dadah,
Hari Jumaat setiap minggu,
Jangan lupa peluang beribadah,

Lagu Sayu

Hidup ini beribu liku,
Duri dan onak perlu ditempuh,
Ranjau dan racun duri sembilu,
Mampukah diri berdiri teguh.

Menangis sendiri siapa yg tahu,
Yang Esa saja tempat mengadu,
Cuba kugagah membiar berlalu,
Kadang tersungkur jua dihujung sendu.

Kita ini insan biasa,
Tiada yg menghalang suratan azali,
Cuma doa dan harapan masih bersisa,
Agar mendung berlalu pergi.

Rindu Bayangan

Pasang pelita di tengah hari,
Menyuluh bayang tidak berjumpa,
Resam bercinta lemah kan diri,
Mengeluh seorang duduk bertapa.

Makan nasi waktu petang,
Nasi di makan bersama ulam,
Tanpa disisi mahu membujang,
Siang dan malam terasa kelam.

Burung kenari terbang sekawan,
Di pohon jati mencari kedidi,
Murung diri tumbang harapan,
Bertahun menanti tidak menjadi.

Keselamatan Jalan Raya

Bantu ibu, menyidai lampin,
Selesai sidai, masaklah nasi,
Bila memandu, harus berdisiplin,
Agar selamat, sampai destinasi.

Bunga Kebangsaan, Bunga Raya,
Rakyat bersatu penuh semangat,
Berhati-hati, di jalan raya,
Pandu cermat, jiwa selamat.

Nasihat daripada orang tempatan,
Berwaspada di atas jalan raya,
Sesal dahulu, itu pendapatan,
Sesal kemudian, tidak berguna.

Kawan

Seronok menyanyi "tepuk amai-amai",
Tidak perasan, tersepak arang,
Bila berkawan, biarlah ramai,
Musuh tidak, walau seorang.

Sibuk menghitung, bilangan hari,
Sambil berehat di pohon redup,
Ramai kawan, boleh dicari,
Rakan sejati, permata hidup.

Duduk selesa wahai teruna,
Melihat isteri lembut menari,
Teman bersuka, di sini sana,
Teman berduka, mana ku cari?

1. Pantun Berkait Tentang Budi

Teluk cempedak pantainya rata,
Bergulung ombak datang bertunda,
Bukan mudah mencari harta,
Laut diharung, gunung dilanda.

Bergulung ombak datang bertunda,
Ombak berlalu pantai bertangga,
Laut diharung gunung dilanda,
Sentengah berkerja sepenuh tenaga.

Ombak berlalu, pantai bertangga,
Bertambah indah ketika senja,
Setengah bekerja sepenuh tenaga,
Setengah menipu, membelit sahaja.

Bertambah indah ketika senja,
Waktu membenam si matahari,
Setengah bekerja membelit sahaja,
Tidak mengenang budi diberi.

   2.
Waktu membenam si matahari,
Mambang merah datang menanda,
Tidak mengenang budi diberi,
Kerana budi zahirnya tiada.

Mambang merah datang menanda,
Malam beransur menyelubungi semesta,
Kerana budi zahirnya tiada,
Nilaian kurang bandingan harta.

Malam beransur menyelubungi semesta,
Bertukar cahaya bulan nan terang,
Nilaian kurang, bandingan harta,
Bukannya dapat pada sebarang.

Bertukar cahaya bulan nan terang,
Cahaya perak warna perada,
Bukannya dapat pada sebarang,
Kebanyakan orang harta tiada.

   3.
Cahaya perak warna perada,
Tampak berseri dari seberang,
Kebanyakan orang harta tiada,
Hidup menjadi hamba orang.

Tampak berseri dari seberang,
Hanyut perahu tiada kemudi,
Hidup menjadi hamba orang,
Apatah lagi tiada berbudi.

Hanyut perahu tiada kemudi,
Dibawa alun ke seberang sana,
Apatah lagi tiada berbudi,
Dipandang hina barang kemana.

Dibawa alun ke seberang sana,
Diekor oleh si ikan raya,
Dipandang hina barang ke mana,
Orang benci tidak percaya.

   4.
Diekor oleh si ikan raya,
Berkilat-kilat di sinar cahaya,
Orang benci tidak percaya,
Mencari ikhtiar hidup mulia.

Berkilat-kilat di sinar cahaya,
Sahut menyahut si burung bayan,
Mencari ikhtiar hidup mulia,
Mestilah mencari harta kekayaan.

Sahut menyahut si burung bayan,
Terbang laju merentas desa,
Mestilah mencari harta kekayaan,
Kemudian hidup berbudi bahasa.
-------------
Tak tumbuh tak melata....
Cuba-cuba

Mandi di perigi di pagi hari,
Terasa sejuk menggigil jari,
Ku datang mencuba menulis di sini,
Harap kalian dapat amati.

Daun sirih dilipat lipat,
Disusun susun dalamnya puan,
Hati tersisih jiwa merempat,
Mencari kasih di dalam taman.

Wahai teman yang yg baik budi,
Apa kiranya ku cari ganti,
Cinta lara tidak bertepi,
Takkan ku lelah menghamba diri.

Ku cari yang jujur sopan dan ikhlas,
Penyejuk hati penenang azimat,
Saudara saudari salammu kan ku balas,
Tak kira jauh mahu pun dekat..

Monday, May 19, 2008

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum.
InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari.
Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya.
Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim.
Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari.. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah.

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub.
Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid.
Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) - Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud.
Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim.
Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat.
Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin.
Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah.
Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah.
Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah.
Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira.
Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari.
Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah.
Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Ciri-ciri Suami Pilihan

"KASIH manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi.


Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.

"

ITULAH sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan.

Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…

* Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.



* Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.



* Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

* Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.



* Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.



* Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.



* Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.



* Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.



* Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.



* Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.



Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.

Thursday, May 15, 2008

7 'C' SEBAB SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadillah Kamsah )

Untuk semua isteri, bakal isteri dan jugak yg beristeri ...

C1.

CABAR

Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...

C2.

CABUL

Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ...

C3.

CELUPAR

Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4.

COMOT

Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5.

CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...

C6.

CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7.

CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ...

Pulangkan ..PTPTN

PULANGKAN..
( Lagu PTPTN) Nyanyi ikut rentak lagu Pontianak pulangkan oleh Misya Omar..

(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peramkan hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
Kau milikku

Pulangkan hutang-hutangku- (Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku- (Ex-Student)

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-
(Pegawai PTPTN)

Kupulangkan semua hutangku-(Ex- Student)

Yang dikau peram tanpa relaku-
(Pegawai PTPTN)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-
(Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan kujejakimu ke mana jua
Hingga akhir masa
heeeee…

Sireh Pinang Pulang Ke Gagang

Speaker:
> Tuan-tuan dan Puan-puan YB, YB sekalian
> Selamat datang ke ini dewan
> Di gallery dewan sila perhatikan
> Terdapat wakil-wakil jemputan
>
> Mereka datang hendak melihat
> Perbahasan dijalankan dengan sihat
> Penuh dengan adat istiadat
> Melayu lama yang penuh keramat
>
> Tahun Melawat Malaysia yang baru ini
> Program disusun di 8 negeri
> Semua disusun oleh Cik Menteri
> Lalu di jemput wakil di galeri
>
> Lim Guan Eng:
> Wahai Tuan Speaker bijak bistari
> Izinkan saya mencelah disini
> Malaysia ada tiga belas negeri
> Mana pergi yang lima lagi?
>
> Speaker:
> YB Guan Eng Ketua Menteri
> Menterinya sedang duduk disini
> Pada waktu bersoal nanti
> Kepada dia tanyalah sendiri
>
> Selamat datang pada semua
> Mari lah kita mula berkerja
> Sila baca di atas meja
> Rang undang-undang baru yang nak ditaja.
>
> Nazri:
> Tuan Speaker Parlimen yang bersidang
> Kerajaan BN ingin mencadang
> Diluluskan suatu undang-undang
> Melompat party perbuatan terlarang
>
> Speaker:
> Terima kasih wahai YB
> Nampak muka tak berapa berseri
> Adakah YB dimarah isteri
> Atau belum dapat job specs lagi?
>
> Nazri:
> Tuan speaker yang baru dilantik
> jangan cuba tunjuk cerdik
> Rang undang-undang silalah tilik
> Nanti kena debik terus balik
>
> Speaker:
> Wahai semua ahli berhormat
> Sila baca dengan cermat
> Undang-undang pencegahan melompat
> Sila bahas beri pendapat
>
> Ibrahim Ali:
> Tuan speaker yang bijaksana
> Saya ingin hendak berkata
> Perkataan melompat saya tak suka
> Seolah-olah dok perli kat saya
>
> Karpal Singh:
> Saya mau tanya sama itu menteri
> Ini undang-undang lompat party
> Apa pasal dulu ada kasi
> Tapi sekarang tak mau lagi?
>
> Nazri:
> Ayo Bhai dengar sama saya
> Dulu Mahathir banyak suka
> Lompat sini lompat sana
> Tapi masuk dia punya party saja
>
> Ini sekarang Abdullah Badawi
> Lompat party tak mau kasi
> Kalau orang lompat party
> Serupa macam sudah cerai isteri
>
> Wan Azizah:
> Oh begitukah penjelasannya
> Diberi pada dewan yang mulia
> Izin kan saya hendak bertanya
> Takut apa kah yang sebenarnya?
>
> Mashitah:
> Wahai Kak Wan indah jelita
> Izinkan saya mencelah berkata
> Kami tak takut pada sesiapa
> Cuma kehendak rakyat jelata
>
> Tian Chua:
> Terima kasih senator Mashitah
> Kerna penjelasan diberi sudah
> Dah selesai kah kes tanah
> Atau masih naik turun mahkamah?
>
> Mashitah:
> Tengok lah Tuan Speaker, Tian Chua ini.
> Kes dalam kain saya di bawa ke sini
> Kalau macam ni sungguh tak aci
> Suruh dia keluar lani.
>
> Speaker:
> Wahi senator sila bertenang
> Jangan pulak nak mula berperang
> Oi Tian Chua, apa pandang-pandang
> Baik engkau mintak maaf sekarang.
>
> Nurul Izzah:
> Kenapa maaf yang perli di pinta
> Bukan dia buat salah apa
> Cuma sekadar ingin bertanya
> Kan itu perihatin namanya?
>
> Najib:
> Apa kah ini semua
> Hajat pembangkang yang sudah gila
> Mahu menghina si senator jelita
> Mari Mashita duduk tepi saya
>
> Jamaludin Jarjis:
> Tuan Speaker, saya dah marah
> Pihak pembangkang bikin karenah
> Mengapa nak hina Senator Mashitah
> Jealous dia comel dan juga bergetah?
>
> Speaker:
> Tenang, tenang YB semua
> Berhenti bercakap biar lah reda
> Memang Tian Chua bersalah menghina
> Mintak maaf lah oi China.
>
> Kit Siang:
> Saya bangkang tuan speaker punya cakap
> Tuan Speaker sangat biadap
> Cakap bangsa-bangsa ini semua manyak tak sedap
> Macam monyet dalam lokap
>
> PM:
> Apa ni, apa ni YB semua
> Macam ni semua saya tak suka
> Kalau ini diteruskan juga
> Saya nak letak jawatan saja
>
> Kuli:
> Izin kan beta pulak bertanya
> Wahai Perdana Menteri Malaysia
> Kalau PM nak turun takhta
> Siapa pulak penggantinya?
>
> PM:
> Wahai Kuli anak raja Kelantan
> Perangai huduh macam setan
> Kepada engkau tak ku berikan
> Kepada Khairy ku beri jawatan
>
> Najib:
> Tuan Speaker apakah ini
> Mana boleh jadi begini
> Ini semua tak aci
> Kenapa saya diketepi
>
> Mukhriz:
> Tuan Speaker saya membangkang
> Ini tak adil sangat terang
> Khairy dapat saya terkangkang
> Nanti bapak saya istihar perang
>
> Speaker:
> YB, YB, YB diaaaaammmmm!
> Dewan yang mulia jangan di kelam
> Peraturan ini saya masih tak faham
> Semua bikin saya demam
>
> Dengar sini wahai semua,
> Beri lah masa saya bernyawa
> Dewan ditangguh pulang lah segera
> Nanti dipanggil di lain masa.

30 Larangan Wanita

1. Menyambung rambut palsu

2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi

3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi

4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain

5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama

6. Membuka rahsia hubungan suami isteri

7. Berpuasa sunat tanpa izin suami

8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami

9. Derhaka kepada suami

10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas

11. Mengingkari kebaikan suami

12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram

13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya

14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram

15. Menyerupai lelaki

16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami

17. Memandang aurat wanita lain

18. Keluar rumah tanpa ada keperluan

19. Masuk permandian awam

20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah

21. Meratapi kematian

22. Berhias atas meninggalnya seseorang

23. Menghantar jenazah

24. Mempercayai dukun dan peramal

25. Menyumpah anak-anak sendiri

26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim

27. Menganiaya pembantu

28. Mengganggu jiran

29. Minta cerai kerana suami sakit

30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

*19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".



2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.



3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w. t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s. w. t.



4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.



5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.



6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s. w. t.



7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s. w. t. dan orang yang takutkan Allah s. w. t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.



9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s. w. t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).



10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.



11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.



12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s. a. w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s. a. w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s. a. w, "Ibunya".



13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.



14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.



15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.



16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.



17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s. a. w) di dalam syurga.



18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.



19. Daripada Aisyah r. a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

"

4 Golongan lelaki ditarik wanita

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

PERTAMA - AYAHNYA

Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.



KEDUA - SUAMINYA

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.



KETIGA ABANG-ABANGNYA

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.



KEEMPAT - ANAK LELAKINYA

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.



Firman ALLAH SWT:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU..."

Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S. W. T bersungguh dan dengan ikhlas. Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.



Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S. W. T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S. W.

T berikan pada kita

PESANAN BUAT WANITA

Allah s. w. t.

berfirman yang bermaksud: "Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya
(tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan).

Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai keinginan
(terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah s. w. t, Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.

(surah An-Nur ayat 31)

Allah s. w. t.

berfirman yang bermaksud:

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan) Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zaman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras
(dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik.

(surah Al-Hadid ayat 16)

Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTI DULU. Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita-wanita ketika itu. Tetapi kini segala- galanya telah berubah makin jauh kita dari zaman Rasulullah s. a. w. makin kita jauh dari amalan agama. Dalam ayat yang sama juga Allah s. w. t. menegur kita supaya tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini. Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban menutup aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh membuatkan mereka lalai. Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah "belum sampai seruan". Seruan apa yang ditunggunya atau seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu? Bukankah Allah s. w. t. telah seru untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi.

Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi?

Lihat lagi ayat di atas Allah s. w. t. berfirma "Katakan kepada orang-orang perempuan yang beriman" Allah s. w. t. dengan khusus gunakan perkataan "beriman" dan bukannya "wahai manusia" kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orang yang beriman sahaja.



Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan Allah s. w. t, Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat adalah sungguh bertentangan. Allah s. w. t. telah menggariskan peraturan dan rasul telah mengajarkannya dan peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya.



Tetapi kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan kain putih sebelum kita sempat menutup aurat.



Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga. Bimbang "Esok tiada bagi mu". Gembirakanlah Allah s. w. t. dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah s. w. t. dan rasulNya dapat menggembirakan kamu.



BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.



KERUGIAN BAGI WANITA YANG MENOLAK PERKAHWINAN

Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antaranya memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.



Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan karier kerjanya. Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah andartu. Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang ada peluang berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi.



Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.



Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat. Sungguh pun demikian pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat.



Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam salehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s. a. w.

:

"Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.

"

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah s. w. t. pun bergantung kepada redha suami.



Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s. a. w di syurga kelak.



Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin. Sabda Rasulullah s. a.

w:

"Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.

" Para sahabat bertanya,

"Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda s. a. w, "Kahwinilah juga ia(diulang sebanyak tiga kali).

"

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran.



Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita salehah yang berada dibawah naungan suami.

Mengetahui Sifat Anda Melalui Jenis Darah

15 Jenis darah selain boleh menjadi panduan utk menentukan diet yg sesuai, ternyata boleh juga meneropong watak dan keperibadian seseorg. Hasil kajian yg dilakukan di Jepun terhdp beberapa jenis darah, ada beberapa keperibadian tertentu yg dikatakan sesuai dgn jenis darah org yg berkaitan.

You all boleh lihat sendiri apakah antara anda SUAMI ISTERI mempunyai keserasian dan sifat-sifat tertentu berdasarkan penelitian dibawah ini:

KUMPULAN DARAH 'O' Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.

Betul tak????

KUMPULAN DARAH 'A' Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..

KUMPULAN DARAH 'B' Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan..

KUMPULAN DARAH 'AB' Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.

Cerita Lawak Lagi....

Timbang
------------

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"

Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:

"Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!"

Peguam materialistik
-----------------------------

Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S terbarunya di depan pejabatnya.. ketika dia membuka pintu keretanya.. sebuah lori melintas terlalu dekat menyebabkan terlanggar dan menerbangkan pintu kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dg kuat..

Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya yang sudah kemek itu.



Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya, beberapa orang menggeleng-gelengkan kepala dan memandang hina kepada peguam itu.

Seorang dari mereka berkata,

"Saya tidak sangka yang sifat matrelialistik engkau sudah keterlaluan dan mata duitan.

engkau hanya pentingkan harta dan tidak pentingkan benda lain"

"kenapa engkau berkata demikian?", tanya si peguam

lelaki itu menjawab.. "Tidakkah engkau tahu yang lengan kiri engkau terputus diseret lori tadi?"

"Ya Tuhan!!", jerit si pengecara tadi dengan kuat.. "Di mana jam tangan Rolex saya?!!"

Haram menikahi gadis satu kampung
---------------------------------------------------

MUI jakarta mengeluarkan fatwa baru.

Setelah diadakan rapat dan diskusi diantarapara pemimpin MUI dan dewan pakarnya, memberikan fatwa pada tanggal 3 oktober tahun 2003:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG" Fatwa MUI ini telah menimbulkan perdebatan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahwa MUI telah gegabah mengambil keputusan tersebut. Untuk mencari tahu alasan MUI mengeluarkan fatwa tersebut, maka wartawan republika mewancari sekretaris umum MUI Prof. Dr.

Din syamsudin

Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Pak syamsudin, bagaimana MUI bisa mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung?

Prof. Dr. Din Syamsudin: Bagaimana enggak haram, menikahi empat orang gadis aja berat, apalagi satu kampung, kan itu banyak jumlahnya.....

Pelik Pelik
--------------

Sejak mula berkahwin, Maria sering bertanyakan tentang kisah silam suaminya. "Bagitau la I, dah berapa ramai perempuan yang You bawak tidur?" tanya Maria. "Sayang..." kata suaminya, "kalau I bagitau You, You gerenti akan marah punya." "Tak... I janji tak marah," rayu Maria. "Baiklah... kalau You dah desak sangat," jawab suaminya, "Hmmm... satu... dua... tiga... empat... You... enam... tujuh... orang gaji kita... lapan..."

Dot Pi Dot Mai.


--------------------

Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian. "Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata, "Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar." Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Roslan(pun bukan nama betul) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Roslan keluar dan berkata, "Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung.

Kau pulak cubamenakutkan anak aku ye?"

Siapa Ini?
-------------

Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.



Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"

Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"

Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"

Jururawat: "Erkkk..."

Rahsia Menangkap Ikan.


----------------------------------

Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut... so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.



Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"

Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi.



Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan.

"

CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"

Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu..."

CrewTV3 : "Oooooooooooo......."

Malu Sesangat.


---------------------

Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"

Zorro & Robinhood
--------------------------

-Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik. Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO....."

Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak.... si Robin Hood kata.... " I AM ROBIN HOOD............"

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu. Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP.............!!!! PPRRAAPP. Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata....... ......"I AM SORRY....!!"

Telur
-------
JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya. "Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai... Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?" Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya!"

Pisang
---------

Ahmad dan Ali menaiki kereta api buat pertama kali dalam sejarah hidup mereka. Kedua-duanya turut membawa sesikat pisang sebagai bekalan semasa dalam perjalanan. Setelah agak lama dalam perjalanan, Ahmad memberikan sebiji pisang pada Ali. Sebaik Ali menggigit pisang di tangannya, kereta api memasuki terowong yang panjang. Ali : Kau dah makan pisang tu? Ahmad : Belum lagi... Ali : Eloklahhh..... Jangan dimakan. Baru saja aku gigit terus mata jadi buta!...

Untuk apa kamu datang kesini?
=========================

"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah "Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Badang!"

"Maaf, saya tidak tahu.. encik"

"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?"

"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."

"tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu.

Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?"

"Mahu memeriksa kabel lampu ini, encik.. Saya petugas TNB"

Kemalangan jalanraya
====================

Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tinga lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun

Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..

Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?"

Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.



Polis : "Oh... kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?"

Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..

Polis : "Oh... lelaki itu sedang mabuk masa memandu.... dan bagaimana pulak wanita tua itu? anak-anak juga buat apa?"

Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar.



"Oh... okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?"

Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu

Cerita Dahulu Kala
==================

Dahulu kala.. dalam kerajaan Phuket.. ada seorang raja yang mempunyai anak puteri.. Kedua anak ini mempunyai permintaan yang perlu dipenuhi. Anak pertama meminta dicarikan kuda yang mampu berlari kencang dan patuh kepada majikannya serta cantik penampilannya.



Anak kedua pula permintaannya tidak terlalu sukar.. Dia hanya minta suatu cerita. Dan ceritanya berbunyi begini... Dahulu kala.. dalam kerajaan Phuket.. ada seorang raja yang mempunyai anak puteri.. Kedua anak ini mempunyai permintaan yang perlu dipenuhi. Anak pertama meminta dicarikan kuda yang mampu berlari kencang dan patuh kepada serta cantik penampilannya.



Anak kedua pula permintaannya tidak terlalu sukar.. Dia hanya minta suatu cerita. Dan ceritanya berbunyi begini... Dahulu kala.. dalam kerajaan Phuket.. ada seorang raja yang mempunyai anak puteri.. Kedua anak ini mempunyai permintaan yang perlu dipenuhi. Anak pertama meminta dicarikan kuda yang mampu berlari kencang dan patuh kepada majikannya serta cantik penampilannya.



Anak kedua pula permintaannya tidak terlalu sukar.. Dia hanya minta suatu cerita. Dan ceritanya berbunyi begini... Dahulu kala... ................................ bla.. bla... blaaaa

Buah Durian
===========

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...

Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"

Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"

Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya..

Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?

Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?

Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol..

Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"

Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

Ujian akhir CIA
===============

Tiga lelaki sedang bersiap untuk mengikuti ujian akhir untuk menjadi agen CIA. Pegawai bertugas menyatakan yang didalam ujian akhir mereka ini, mereka dikehendaki membunuh isteri masing2. Pegawai itu memberi senapang pada Abdul dan kemudian masuk ke bilik sebelah dimana isterinya berada. Beberapa minit kemudian lelaki itu keluar dan mengatakan dia terlalu cinta kepada isterinya, tak kuasa ia membunuhnya.



Amin memasuki bilik yang lain dengan senapang untuk membunuh isterinya. Sepuluh minit kemudian dia keluar dan menyatakan.. betapapun dia ingin jadi agen CIA, dia tak sanggup membunuh isterinya sendiri.



Kemudian pegawai itu memberikan senapang kepada Akbar dan kemudian masuk bilik yang mempunyai isterinya... Setelah 15 minit mereka semua mendengar bunyi tiga kali tembakan. Kemudian setelah beberapa minit.. lelaki itu keluar dengan nafas termengah-mengah dan berpeluh... Pegawai itu bertanya apa yang terjadi.. dan Akbar menjawab "Tuan bagi senapang yang ada peluru kapur.. jadi aku terpaksa mencekik leher isteriku untuk membunuhnya.."

Pemilik pisau lipat
===================

Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.



Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya.



"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu..

Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah..

"Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"

Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain..

"Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!"

Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...

"STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"

Gigi Sakit
==========

Pada suatu hari ada seorang wanita pergi ke klinik gigi untuk mencabut giginya.. lalu doktor gigi bertanya.. "Puan.. gigi mana yang hendak dicabut?"

Lalu wanita itu menjawab.. "gigi bahagian atas paling belakang"

Tak lama kemudian doktor dengan alat mencabut gigi mula mencabut gigi wanita itu.. tetapi yang dicabut adalah gigi dibahagian depan.. lalu wanita itu bertanya..

"Doktor.. kenapa gigi depan saya yang dicabut? kan yang sakit yang bahagian belakang?

doktor gigi itu menjawab...

"sabar la.. kejap lagi sampai la ke belakang"

Teh RM 1.

00
===========

Seorang lelaki singgah di sebuah warung dan memesan
segalas teh ais...
Sebentar kemudian teh pun sampai dan ketika dia hendak
meminumnya dia mendapati ada seekor lalat
sedang berenang didalam tehnya.

Lalu ia memanggil
pelayan....

"Waiter..! Kenapa ada lalat didalam teh saya...!"

Dengan muka bad word si pelayan menjawab..
"takkanlah dengan harga teh RM 1.

00 Anda mengharapkan
ada kambing di dalamnya..."

KISAH PENGEMIS TUA DI DEPAN KAMPUS UITM

Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di
depan kampus UITM.



Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya
dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang... Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....

*Perrggghhhhhhhhh!!! hampehhhhhh*

Bas Dua Tingkat
-----------------------

Seorang nenek dan cucunya menaiki bas dua tingkat. Cucu: Marilah nenek kita naik ke tingkat dua. Di atas masih ada tempat duduk.



Nenek: Eh... sudah-sudah. Nenek tidak mahu naik, nenek takut.

Cucu: Mengapa nenek? Nenek: Di tingkat atas tidak ada pemandu!

Hanya Lima
---------------

Abang: Sudahkah adik menduduki ujian Matematik? Adik: Sudah. Abang: Adik dapat menjawab semua soalan dengan betul? Adik: Hanya lima soalan sahaja yang salah. Abang: Wah! Baguslah kalau begitu. Berapakah jumlah soalan dalam kertas ujian adik itu? Adik: Lima.

Abang: !!!!!

Unta
------

Ibu unta dan anaknya sedang berbual-bual.

Anak unta kemudian bertanya kepada ibu unta,

Anak Unta: Ibu mengapa ketiga-tiga jari kaki saya besar?

Ibu Unta: Anakku, apabila kita berjalan di padang pasir yang pasirnya tidak pejal, jari kaki kita akan mengelakkan badan kita daripada tenggelam ke dalam pasir.



Anak Unta: Hmm.. benar juga kata-kata ibu ya.

Ibu mengapa bulu mata saya panjang?

Ibu Unta: Untuk mengelakkan mata kita daripada dimasuki pasir apabila kitaberjalan di padang pasir.



Anak Unta: Oh, begitu.

Ibu mengapa saya mempunyai benjolan yang besar di bahagian belakang saya?

Ibu Unta: (Sedikit marah) Benjolan itu membantu kita menyimpan lemak supaya kita boleh bertahan tanpa meminum air dalam perjalanan yang jauh.



Anak Unta: Oh! Saya rasa sungguh bertuah! Kita mempunyai tapak kaki yang besar supaya kita tidak tenggelam ke dalam pasir, bulu mata yang panjang supaya pasir tidak masuk ke dalam mata dan benjolan ini untuk menyimpan air? tetapi ibu?

Ibu Unta: Apa lagi sayang?

Anak Unta: Mengapa kita berada di dalam taman haiwan?!

Sekolah
-----------

Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salam masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah. Ibu: Salam? Salam? bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat. Salam: Alah emak? Salam tidak mahu pergi ke sekolah! Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik. Salam berikan emak dua sebab mengapa Salam tidak mahu ke sekolah. Salam: Semua murid-murid tidak suka Salam. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salam! Ibu: Itu bukan alasan bagi Salam untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang! Salam: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salam dua sebab mengapa Salam mesti pergi ke sekolah. Ibu: Eh? eh? bertuah punya anak! Salam dengar baik-baik, pertama Salam sudah berusia lima puluh tahun.

Kedua Salam PENGETUA SEKOLAH!!!

Beritahu Siang-siang
----------------------------

Marsya baru berumur lima tahun. Dia memang pintar bercakap. Suatu hari dia telah mengikuti ibunya ke sebuah kedai. Ibunya mahu membeli barang-barang keperluan di dapur.



Ibu : Encik, saya nak susu dua tin, beras 3 kilogram, garam sekotak dan gula 2 kilogram. Encik : Susu yang ini boleh? (sambil menunjukkan susu cap teko) Ibu : Bolehlah. Encik : Ada apa-apa lagi yang awak nak? Ibu : Tidak.



Setelah membayar harga barang-barang itu, ibu teringat akan beberapa barang yang perlu dibelinya. Dia pun memesan barang-barang itu kepada penjual tadi.



Penjual : Kenapa awak tidak beritahu saya siang-siang? (Dia kelihatan marah)

Ibu tidak menjawab. Marsya yang dari awal tadi hanya memerhatikan gelagat ibu dan penjual itu, tiba-tiba bersuara.



Marsya : Pak cik! Ibu telah beritahu siang-siang bukan malam-malam.

Kalau beritahu malam-malam tentu kedai pak cik dah tutup

Penjual: ????

keluarga besar
--------------------

Pada suatu hari Cikgu Midah sedang bercakap tentang ahli keluarga. Dia pun menyuruh murid-muridnya memberi keterangan mengenai keluarga masing-masing. Tiba giliran Osman, Osman mula memberitahu nama adik- beradiknya yang seramai dua belas orang serta umur mereka.



Cikgu Midah pun bertanya: "Osman adakah awak berasal daripada keluarga yang besar?"

Osman: "Tidak Cikgu, semua ahli keluarga saya rendah-rendah dan kurus-kurus belaka.

" Semua murid di dalam kelas itu pun ketawa berdekah-dekah

Posmen

Seorang posmen yang datang menghantar surat.



" Assalamualaikum "

" Walaikumsalam "

" Ni rumah encik encik Sameon ye?

" Ya saya"

" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "

" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje"

********************

Hukuman untuk guru

Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di Mahkamah kerana melanggar lampu merah. Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan minta supaya perkaranya diselesaikan dengan cepat agar dia boleh segera kembali ke kelasnya.



"Baik, baik," kata Hakim.



"Jadi Anda seorang guru? Sudah bertahun-tahun saya menunggu kedatangan seorang guru dalam perbicaraan saya ini. Sebagai hukumannya. Sekarang Anda duduk di meja itu dan tulislah 'Saya tidak akan melanggar lampu merah lagi' sebanyak 500 kali.

"

********************

Sistem Darah

Seorang peminum arak membuat pemeriksaan darah disebuah klinik.. Agak Lama dia menunggu penjelasan doktor daripada hasil pemeriksaan itu...

"Bagaimana keadaan darah saya Doktor? Adakah baik2 saje?"

"Ya.. cuma ada sedikit darah yang mengganggu sistem cairan alkohol di tubuh Anda," jawab doktor..

********************

100%

"Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah," kata Yani kpd mamanya.



"Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?" Tanya ibunya.



"Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%.

"

********************

Gear

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu.

Dalam perjalanan kawanya merasakan Tok Batin itu hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,

Kawan Tok Batin: Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja. Tok Batin: Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.

Kawan Tok Batin:????????

********************

Hari Yang Buruk

Seorang pemandu lori yang baru datang langsung meneguk habis isi gelas itu.



Lelaki yang empunya gelas terus menangis.



"Hei, jangan la nangis!" kata pemandu lori.



"Aku cuma bergurau.

Aku belikan kau minuman yang lain!"

"Bukan itu masalahnya. Hari ini merupakan hari terburuk dalam hidupku. Pertama, semasa aku ke pejabat tadi bosku marah besar dan aku dipecat. Ketika mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang. Masa aku naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya. Sampai rumah, isteriku tidur dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke bar ini. Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pulak muncul meminum racun aku.



********************

Yahudi

Seorang Yahudi, seorang tentera Rusia, seorang nenek dan seorang gadis cantik dalam sebuah kereta dari Kiev menuju Moscow. Pada saat kereta memasuki terowong yang gelap, tiba-tiba terdengar suara ciuman disusul oleh bunyi tamparan.

Ketika kereta keluar dari terowong itu, keempat orang tersebut berpandang-pandangan sambil berpikir

Nenek : Pasti salah seorang dari kedua lelaki cuba mencium gadis itu, dan ditamparnya.



Tentera Rusia : Sial, Yahudi itu mencium gadis itu, aku yang ditampar.



Gadis : Salah seorang dari dua lelaki itu pasti cuba menciumku tapi tersalah mencium nenek itu dan ditamparnya.



Yahudi : Hari ini hari yang membahagiakan untukku, kucium tanganku sendiri, lalu kutampar prajurit Rusia itu dan tidak ada yang marah.



********************

Hutang

Seorang anak disuruh oleh ibunya ke kedai untuk berhutang beras.



Anak : "Pakcik.. emak suruh saya hutang beras boleh?.

"

Penjual : "Boleh.. mahu berapa kilo?"

Anak : "2 kilo pakcik"

Penjual : "Nah ambik ni.. balik tu jalan elok2 tau.."

Anak : "Eh... pakcik.. wang bakinya mana? buat-buat lupa plak dia..."

********************

You, ve Got Mail

Seorang lelaki sedang memotong rumput di halaman depan rumahnya, ketika tetangganya, seorang wanita cantik berambut perang keluar dari rumah dan langsung menuju ke kotak surat. Dia membuka kotak surat itu lalu membanting pintunya dan meluru masuk ke rumah.



Beberapa saat kemudian, wanita itu keluar lagi dari rumahnya dan memeriksa semula kotak suratnya. Pintu kotak surat dibanting lagi dan dengan marah dia masuk ke dalam rumah. Ketika lelaki tadi hampir menyelesaikan pekerjaannya memotong rumput, wanita tadi muncul lagi dari dalam rumah. Terus menuju ke kotak surat, membukanya dan segera membanting pintu kotak surat tersebut lebih keras daripada sebelumnya.



Bingung dengan tindakan yang dilakukan wanita itu, lelaki tadi bertanya padanya, "Apakah ada masalah?" Wanita berambut perang itu menjawab, "Tentu saja ada! Komputerku yang bodoh itu terus-menerus mengatakan, "YOU'VE GOT MAIL.

"

********************

Dua orang kaya dan pemandunya

Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.



Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie.

"

Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez.

"

King Kong pun menjawab dengan sopan, " Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.



Orang kaya I itu beritahu ke temannya, " Nampak? Apa aku cakap.... dia buat betul-betul"

Orang kaya II : " Haha.... itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo.

" Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"

Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.



Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.



Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan, King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu.

Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah..... Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke

********************

Kunci Kereta

Oleh kerana terlalu gembira, Ah Beng tertinggal kunci kereta dalam keretanya.

Menyedari kesilapannya Ah Beng berkata,

"Apa kata kita gunakan penyangkut baju untuk buka pintu kereta?"

"Tak boleh," jawab Ah Seng. "Nanti orang fikir kita terlalu bodoh... sampai gunakan penyangkut baju.

"

Kemudian Ah Beng pula berkata, "Ah.. aku dapat idea, apa kata kalau kita gunakan pisau, kita potong getah pintu kereta ini kemudian kita masukkan jari untuk tarik kunci tingkap.

"

"Tak boleh, nanti orang fikir kita hendak curi kereta.

"

"Kan Cheong!" jerit Ah Beng. "Kita mesti fikir cepat, hujan dah nak turun... sunroof terbuka!!!"

Tuesday, May 6, 2008

7 Ayat Yg Msti Diamalkan..

# Sabda Rasulullah SAW:
> Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

> 1.Bismillahhirrahmannirrahim : pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


> 2.Alhamdulliah : pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.


> 3.Astagfirrullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.


> 4.Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.


> 5.Lahaulawalaquataillahbillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.


> 6.Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.


> 7.Laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.


> Anda ada dua pilihan sama ada:
> 1.Tengok sahaja tanpa bermanfaat utk org lain..
> 2.Anda sebarkan @ forwardkan pada semua kenalan anda. sabda Rasulluah siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada....

Baca Molek ye....

Siapa Diluar?


Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit berat. Dia sedang terbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar.



"Siapa di luar?" teriak orang tua itu dengan ketakutan.



"Saya Malaikat Maut!"

"Oh, syukurlah.

Saya ingat yang datang anggota polis!"




Diam Ketika Makan


Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama.



Anak : "Ayah, di..."

Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"

Setelah selesai makan...

Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"

Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!"





Janda Yang Dahaga


Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kema tian suami.... Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kema tian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan kerana pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya... Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam ... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu... Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.... beliau bangun dari katilnya... badannya terasa panas....

tekaknya terasa haus.... beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur.. sampai di dapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... beliau tuang ke dalam cawan dan meminumya...

Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula... Sekian
terimakasih, itulah kisah seorang janda yang dahaga...... ..... Wah, sepenuh hati korang mambacanyer.



Ha...haa...haaa. ...




Lupa jalan pulang


Jenny mempunyai masalah berat badan, lalu menemui doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat.



Daripada pertemuan singkat itu dia dinasihatkan supaya berlari 16km sehari selama sebulan. Doktor Sin Chan juga memberi jaminan bahawa cara itu amat berkesan. Jenny mengikut nasihat yang diberikan. Selepas 30 hari mengamalkan, berat badannya turun sebanyak 10 kg.



Dia terlalu gembira lalu menelifon Doktor Sin Chan. "Tapi sayer ader masalah besar nih...." katanyer.



"Apa masalah awak?" DOKTOR bertanyer... ..

"Macam mana saya nak balik doktor, skang nie,....saya berada 480km dari umah........





Dipecat


Majikan : Kamu di pecat!

Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!

Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat...




Mr Brown


Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.



Penelefon : Hello, boleh saya hendak bercakap dengan Mr.

Brown?

Penerima : Oh, ini Mr. Black.



Penelefon :Oops Sorry, wrong color!






Sama


"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.




Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola.

Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???" (Atok marah tahap
tertinggi)


Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain.

"


Atuk: "Tak sama apanyerr???"


Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?"


Atuk: "AsBestOSSs* !%$^^%$&) ((*&^ "



Lupa
Pada suatu malam seorang profesor yang pelupa dan nyayuk pulang lambat. Ketika hendak membuka pintu, dia sedar bahawa dia tidak membawa kunci rumah. Akhirnya dia mengetuk-ngetuk pintu rumahnya hingga isterinya terbangun dan membukakan pintu. Kerana kegelapan, si isteri tidak dapat mengenali si profesor itu adalah suaminya. Lalu si isteri berkata, "Maaf Encik, ... Profesor belum balik... dia tidak ada di rumah." Profesor pelupa itu menjawab, "oo.. takpe lah, kalau begitu saya akan datang semula esok.

Terima kasih puan


rileks kejap....

Thursday, May 1, 2008

Lawak Bertengkar =)

Suami Yang Pening
Pada suatu hari sepasang suami isteri yang agak berusia umurnya
sedang
dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru melalui highway.

Tujuan mereka
adalah untuk melawat cucu yang baru lahir di sana.

Mereka bertolak
semenjak
subuh lagi.

Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Lumut,
Perak
katakan.

Sesampai mereka diperhentian rehat Pagoh, mereka berhenti
melepaskan penat memandu.

Si suami minum air "PowerRoot" dan si
isteri
pulak minum air kacip fatimah, nak segarkan mata agaknya tu.

Setelah
berehat agak lama juga, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke
JB.


Lebih kurang 15 minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteri
teringat sesuatu lalu berkata,
Isteri: Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!!
Suami: Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul la, cermin mata tu pun tak
boleh
nak jaga, nak kena pusing balik lagi, kena bayar toll lagi, lain kali
letak
cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal.

Dah tua makin nyanyuk
pulak
dia ni.


Si suami terus membebel sepanjang jalan, manakala siisteri terus
membisu
kerana salah sendiri.

Walau macamana pun si suami pusing balik jugak
untuk
ambil cermin mata si isteri, tapi cuping telinga panas membara kena
leter.


Bila sampai ditempat tadi si isteri turun tergesa gesa untuk
mengambil
cermin matanya yang tertinggal.

Tetapi tiba ?tiba si suami
memanggilnya
semula.


Suami : Nak pergi mana?
Isteri : Nak ambil cermin mata saya la, apa lagi!
Suami: Tolong ambil cermin mata saya sekali, saya rasa tertinggal
jugak
atas meja tu!
Isteri : @#%$*!?>/&$( %#@#@$%&^ %*&^?>&%$ #^!@~>