CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, May 6, 2008

Baca Molek ye....

Siapa Diluar?


Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit berat. Dia sedang terbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar.



"Siapa di luar?" teriak orang tua itu dengan ketakutan.



"Saya Malaikat Maut!"

"Oh, syukurlah.

Saya ingat yang datang anggota polis!"




Diam Ketika Makan


Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama.



Anak : "Ayah, di..."

Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"

Setelah selesai makan...

Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"

Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!"





Janda Yang Dahaga


Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kema tian suami.... Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kema tian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan kerana pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya... Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam ... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu... Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.... beliau bangun dari katilnya... badannya terasa panas....

tekaknya terasa haus.... beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur.. sampai di dapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... beliau tuang ke dalam cawan dan meminumya...

Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula... Sekian
terimakasih, itulah kisah seorang janda yang dahaga...... ..... Wah, sepenuh hati korang mambacanyer.



Ha...haa...haaa. ...




Lupa jalan pulang


Jenny mempunyai masalah berat badan, lalu menemui doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat.



Daripada pertemuan singkat itu dia dinasihatkan supaya berlari 16km sehari selama sebulan. Doktor Sin Chan juga memberi jaminan bahawa cara itu amat berkesan. Jenny mengikut nasihat yang diberikan. Selepas 30 hari mengamalkan, berat badannya turun sebanyak 10 kg.



Dia terlalu gembira lalu menelifon Doktor Sin Chan. "Tapi sayer ader masalah besar nih...." katanyer.



"Apa masalah awak?" DOKTOR bertanyer... ..

"Macam mana saya nak balik doktor, skang nie,....saya berada 480km dari umah........





Dipecat


Majikan : Kamu di pecat!

Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!

Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat...




Mr Brown


Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.



Penelefon : Hello, boleh saya hendak bercakap dengan Mr.

Brown?

Penerima : Oh, ini Mr. Black.



Penelefon :Oops Sorry, wrong color!






Sama


"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.




Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola.

Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???" (Atok marah tahap
tertinggi)


Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain.

"


Atuk: "Tak sama apanyerr???"


Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?"


Atuk: "AsBestOSSs* !%$^^%$&) ((*&^ "



Lupa
Pada suatu malam seorang profesor yang pelupa dan nyayuk pulang lambat. Ketika hendak membuka pintu, dia sedar bahawa dia tidak membawa kunci rumah. Akhirnya dia mengetuk-ngetuk pintu rumahnya hingga isterinya terbangun dan membukakan pintu. Kerana kegelapan, si isteri tidak dapat mengenali si profesor itu adalah suaminya. Lalu si isteri berkata, "Maaf Encik, ... Profesor belum balik... dia tidak ada di rumah." Profesor pelupa itu menjawab, "oo.. takpe lah, kalau begitu saya akan datang semula esok.

Terima kasih puan


rileks kejap....

0 comments: