Pantun "Diam"
Air berkocak tak nampak bayang,
Bebeyang hilang jiwa melayang,
Diamku bukan kerana tak sayang,
Ada penghalang buat kuwalang.
Bagaimana hendak kutuliskan,
Ada idea tapi dah hilang,
Bagaimana hendak kujelaskan,
Ada syarat jadi penghalang.
Pantun Berkasih
Pok pok punggung ditepuk,
Punggung ditepuk di tepi teluk,
Apa guna bertilam empuk,
Kalau tidur tak berpeluk-peluk.
Apa guna berambut panjang,
Kalau tidak disisir rapi,
Apa guna berkata sayang,
Kalau tidak sepenuh hati.
Sunyi
Bujang senang main berdua,
Sedang menunggu menjaga kayak,
Seloka pantun warisan budaya,
Mekar suburnya sepanjang hayat.
Bunga sedudup lebat ditangkai,
Harum mewangi ke Desa Jati,
Bila hidup hajat tak sampai,
Berkurun sunyi terasa mati.
Raja hari
Daging ayam hendak dicari,
Untuk ibu masak kati,
Pengantin jadi Raja sehari,
Jumaat pula, raja segala hari.
Malas belajar jadi dunggu,
Silap langkah, menyentuh dadah,
Hari Jumaat setiap minggu,
Jangan lupa peluang beribadah,
Lagu Sayu
Hidup ini beribu liku,
Duri dan onak perlu ditempuh,
Ranjau dan racun duri sembilu,
Mampukah diri berdiri teguh.
Menangis sendiri siapa yg tahu,
Yang Esa saja tempat mengadu,
Cuba kugagah membiar berlalu,
Kadang tersungkur jua dihujung sendu.
Kita ini insan biasa,
Tiada yg menghalang suratan azali,
Cuma doa dan harapan masih bersisa,
Agar mendung berlalu pergi.
Rindu Bayangan
Pasang pelita di tengah hari,
Menyuluh bayang tidak berjumpa,
Resam bercinta lemah kan diri,
Mengeluh seorang duduk bertapa.
Makan nasi waktu petang,
Nasi di makan bersama ulam,
Tanpa disisi mahu membujang,
Siang dan malam terasa kelam.
Burung kenari terbang sekawan,
Di pohon jati mencari kedidi,
Murung diri tumbang harapan,
Bertahun menanti tidak menjadi.
Keselamatan Jalan Raya
Bantu ibu, menyidai lampin,
Selesai sidai, masaklah nasi,
Bila memandu, harus berdisiplin,
Agar selamat, sampai destinasi.
Bunga Kebangsaan, Bunga Raya,
Rakyat bersatu penuh semangat,
Berhati-hati, di jalan raya,
Pandu cermat, jiwa selamat.
Nasihat daripada orang tempatan,
Berwaspada di atas jalan raya,
Sesal dahulu, itu pendapatan,
Sesal kemudian, tidak berguna.
Kawan
Seronok menyanyi "tepuk amai-amai",
Tidak perasan, tersepak arang,
Bila berkawan, biarlah ramai,
Musuh tidak, walau seorang.
Sibuk menghitung, bilangan hari,
Sambil berehat di pohon redup,
Ramai kawan, boleh dicari,
Rakan sejati, permata hidup.
Duduk selesa wahai teruna,
Melihat isteri lembut menari,
Teman bersuka, di sini sana,
Teman berduka, mana ku cari?
1. Pantun Berkait Tentang Budi
Teluk cempedak pantainya rata,
Bergulung ombak datang bertunda,
Bukan mudah mencari harta,
Laut diharung, gunung dilanda.
Bergulung ombak datang bertunda,
Ombak berlalu pantai bertangga,
Laut diharung gunung dilanda,
Sentengah berkerja sepenuh tenaga.
Ombak berlalu, pantai bertangga,
Bertambah indah ketika senja,
Setengah bekerja sepenuh tenaga,
Setengah menipu, membelit sahaja.
Bertambah indah ketika senja,
Waktu membenam si matahari,
Setengah bekerja membelit sahaja,
Tidak mengenang budi diberi.
   2.
Waktu membenam si matahari,
Mambang merah datang menanda,
Tidak mengenang budi diberi,
Kerana budi zahirnya tiada.
Mambang merah datang menanda,
Malam beransur menyelubungi semesta,
Kerana budi zahirnya tiada,
Nilaian kurang bandingan harta.
Malam beransur menyelubungi semesta,
Bertukar cahaya bulan nan terang,
Nilaian kurang, bandingan harta,
Bukannya dapat pada sebarang.
Bertukar cahaya bulan nan terang,
Cahaya perak warna perada,
Bukannya dapat pada sebarang,
Kebanyakan orang harta tiada.
   3.
Cahaya perak warna perada,
Tampak berseri dari seberang,
Kebanyakan orang harta tiada,
Hidup menjadi hamba orang.
Tampak berseri dari seberang,
Hanyut perahu tiada kemudi,
Hidup menjadi hamba orang,
Apatah lagi tiada berbudi.
Hanyut perahu tiada kemudi,
Dibawa alun ke seberang sana,
Apatah lagi tiada berbudi,
Dipandang hina barang kemana.
Dibawa alun ke seberang sana,
Diekor oleh si ikan raya,
Dipandang hina barang ke mana,
Orang benci tidak percaya.
   4.
Diekor oleh si ikan raya,
Berkilat-kilat di sinar cahaya,
Orang benci tidak percaya,
Mencari ikhtiar hidup mulia.
Berkilat-kilat di sinar cahaya,
Sahut menyahut si burung bayan,
Mencari ikhtiar hidup mulia,
Mestilah mencari harta kekayaan.
Sahut menyahut si burung bayan,
Terbang laju merentas desa,
Mestilah mencari harta kekayaan,
Kemudian hidup berbudi bahasa.
-------------
Tak tumbuh tak melata....
Cuba-cuba
Mandi di perigi di pagi hari,
Terasa sejuk menggigil jari,
Ku datang mencuba menulis di sini,
Harap kalian dapat amati.
Daun sirih dilipat lipat,
Disusun susun dalamnya puan,
Hati tersisih jiwa merempat,
Mencari kasih di dalam taman.
Wahai teman yang yg baik budi,
Apa kiranya ku cari ganti,
Cinta lara tidak bertepi,
Takkan ku lelah menghamba diri.
Ku cari yang jujur sopan dan ikhlas,
Penyejuk hati penenang azimat,
Saudara saudari salammu kan ku balas,
Tak kira jauh mahu pun dekat..
Thursday, May 22, 2008
| M a r i | B e r p a n t u n | S e l o k a.. |
Posted by Mr. ZeDi at 6:29 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment