CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, April 21, 2008

Holla...teLor Rebus PunyeR PasaL!!

Ada cerita ni... lawak la juga..
tapi jangan ketawa tau... Aku baru
berkahwin setahun yang lepas dan duduk
dengan isteri aku.

Kami duduk berdua
sahaja sebab belum dikurniakan anak.


Aku ni ada satu kegemaran iaitu makan
telur rebus.

Aku pun taktahu kenapa
aku suka makan telur rebus, sedap
agaknya.



Sebelum aku kahwin, aku memang gila
telur rebus.

Pagi petang siang malam
makan telur rebus.

Tapi semenjak aku
kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah,
iaitu dengan meninggalkan tabiat aku
ini.

Lama juga aku dah tak pekena
telur rebus ni.. sebab orang rumah aku
masak sedap-sedap.. so aku dah tak
kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku
balik kerja, tiba-tiba kereta aku
rosak.. akupun telefon bini aku
katakan aku balik lambat sebab kena
menapak.

Sebab lapar akupun singgah
satu kedai makan tu... ada telur
rebuslah.. akupun makan nasi dengan
telur rebus.. lepastu aku order telur
rebus lebih lagi untuk diratah.


Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji
telur rebus untuk makan sambil
berjalan balik nanti.

Tiba je kat
rumah aku rasa amatlah kenyang..
maklumlah balas dendam sebab lama tak
pekena telur rebus.



Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku
tiba-tiba cakap dia ada 'surprise'
untuk aku malam ni.

Dia suruh aku
tutup mata dengan kain hitam yang
diikat kemas dibelakang kepalaku.

Dan
dipimpinnya aku sampai ke meja makan.


Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan
jangan cuba buka ikatan yang menutup
mataku.



Aku nak pergi toilet sebab perutku
mula buat hal, tapi malaslah nak
spoilkan 'surprise' isteriku ini.

Aku
pun tahan ler...

Tetiba telefon berbunyi, isteriku
pergi mengangkatnya.

Apa lagi ada
chance aku pun melepaskan kentut yang
ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega
rasanya... bau boleh tahan...
maklumler berapa biji telur tah aku
bedal tadi...

Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun
angkat sebelah punggung dan lepaskan
satu das lagi.. bunyinya PRROOTTT!!...
fuh bau jangan cakap beb.. Aku pun tak
tahan bau dia... aku kipas pakai
tangan angin dia kasi kurang sikit bau
dia... adalah macam bau telur
tembelang sikit.. Tetiba aku dengar
bunyi telefon berdering lagi... hai
lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak
sabar lagi ni nak tahu surprise dia
ni.



Aku terasa ada lagilah, kali ni memang
aku rasa power punyalah.. aku kumpul
dulu kasi padu.. lepas tu aku bangun,
tonggeng sikit dan lepaskan angin
taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh
lega... bergegar sikit meja makan
dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia
power gila.. aku tutup hidung aku..
aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam
bangkai la.. mau mati bunga atas meja
makan aku ni.. sambil tu aku
sebut 'ahhhh... . lega... '.



Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai
tu hilang.. Lepas tu isteri aku
kembali dan minta maaf sebab lambat..
lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY
BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain
penutup mata aku.. laaa birthday aku
hari ni le... camne boleh lupa ni..

Aku buka le kain penutup mata aku..
mulutku terus melopong... ALAMAK!!!
Benda pertama aku lihat.. muka merah
padam pak mertua aku, mak mertua aku,
adik ipar aku dua orang, duduk
keliling meja makan.

Bos aku dengan
jiran sebelah rumah aku pun ada!!.



Ahhhhhhhhhhhhhhhh... kantoi.. kantoi!

0 comments: