CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, May 26, 2008

Baca betol2 tau....!!!!!

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !



PERTAMA. Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA. Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

KEEMPAT. Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA. Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH. Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN. Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN. Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS. Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS. Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
Rasa hormat pada diri sendiri;
Rasa hormat kepada orang lain;
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS. Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu. KEDUAPULUH.Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
Kini tibalah bahagian yang MENYERONOKKAN! Totem tantra ini telah dihantar kepada anda untuk kebaikan. Totem ini telah diedarkan ke seluruh dunia setakat ini sebanyak sepuluh kali. Kepercayaan orang China, dalam tempoh empat hari dari tarikh totem ini anda edarkan anda akan beroleh keuntungan. Sila hantarkan salinan kepada mereka yang pada pendapat anda memerlukan kebaikan. Janganlah hantarkan wang kerana nilai takdir tidak boleh dijual beli.

Dilarang menyimpan pesanan ini. Totem tantra ini hendaklah berada di tangan anda dalam tempoh 96 jam dari masa anda menerimanya. Anda akan menerima suatu kejutan yang amat menyeronokkan.Kebenarannya akan terserlah, walaupun anda tidak mempercayai perkara yang karut-marut. Edarkan maklumat ini sekurang-kurangnya kepada 5 orang dan anda akan merasai perubahan positif yang berlaku dalam hidup anda. 0-4 orang: Anda kan mengalami perubahan kehidupan yang kecil.5-9 orang: Peningkatan perubahan kehidupan anda berada di tahap yang anda benar-benar ingini. 9-14 orang: Anda akan menerima sekurang-kurangnya 5 kejutan dalam setiap 3 minggu.

15 dan lebih orang: Taraf kehidupan anda akan meningkat dengan pantas!!

Sunday, May 25, 2008

Kisah Malam Pertama

Suasana masih riuh di luar.. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur..

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum! " ke telinganya untuk Menguji
isteriku.

"Wa alaikummussalam. " Rupanya isteriku masih belum tidur.. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku
tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini.
Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg. ...."

"Tik..tik..tik. .tik..."

"Kring.. kring..kring. ."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang
seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku..

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree..kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan... Potong stim betullah!!!

TAMAT

Lesson learn nye kat sini ...... buka leerRRRR hadiah tuu duluu...

Juara AF6 - Stacy

Thursday, May 22, 2008

Mukjizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.



Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.



Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .



Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.



Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.



"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.


Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.

;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.


2) Menjauhi segala yg haram.


3) Merendahkan diri.



Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.


2) Merahsiakan sedekahnya.


3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.



Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.


2) Menjauhi kejahatan.


3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.



Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.


2) Menghisab dirinya.


3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.



Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.


45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.


Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.



Kepada sahabatku yang dimuliai & dihormati...
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui
e-mail mahupun edit/mengedit dan lain-lain..tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali....

Manchester United telah juara EPL & UeFA.. Piala FA je terlepas...

| M a r i | B e r p a n t u n | S e l o k a.. |

Pantun "Diam"

Air berkocak tak nampak bayang,
Bebeyang hilang jiwa melayang,
Diamku bukan kerana tak sayang,
Ada penghalang buat kuwalang.

Bagaimana hendak kutuliskan,
Ada idea tapi dah hilang,
Bagaimana hendak kujelaskan,
Ada syarat jadi penghalang.

Pantun Berkasih

Pok pok punggung ditepuk,
Punggung ditepuk di tepi teluk,
Apa guna bertilam empuk,
Kalau tidur tak berpeluk-peluk.

Apa guna berambut panjang,
Kalau tidak disisir rapi,
Apa guna berkata sayang,
Kalau tidak sepenuh hati.

Sunyi

Bujang senang main berdua,
Sedang menunggu menjaga kayak,
Seloka pantun warisan budaya,
Mekar suburnya sepanjang hayat.

Bunga sedudup lebat ditangkai,
Harum mewangi ke Desa Jati,
Bila hidup hajat tak sampai,
Berkurun sunyi terasa mati.

Raja hari

Daging ayam hendak dicari,
Untuk ibu masak kati,
Pengantin jadi Raja sehari,
Jumaat pula, raja segala hari.

Malas belajar jadi dunggu,
Silap langkah, menyentuh dadah,
Hari Jumaat setiap minggu,
Jangan lupa peluang beribadah,

Lagu Sayu

Hidup ini beribu liku,
Duri dan onak perlu ditempuh,
Ranjau dan racun duri sembilu,
Mampukah diri berdiri teguh.

Menangis sendiri siapa yg tahu,
Yang Esa saja tempat mengadu,
Cuba kugagah membiar berlalu,
Kadang tersungkur jua dihujung sendu.

Kita ini insan biasa,
Tiada yg menghalang suratan azali,
Cuma doa dan harapan masih bersisa,
Agar mendung berlalu pergi.

Rindu Bayangan

Pasang pelita di tengah hari,
Menyuluh bayang tidak berjumpa,
Resam bercinta lemah kan diri,
Mengeluh seorang duduk bertapa.

Makan nasi waktu petang,
Nasi di makan bersama ulam,
Tanpa disisi mahu membujang,
Siang dan malam terasa kelam.

Burung kenari terbang sekawan,
Di pohon jati mencari kedidi,
Murung diri tumbang harapan,
Bertahun menanti tidak menjadi.

Keselamatan Jalan Raya

Bantu ibu, menyidai lampin,
Selesai sidai, masaklah nasi,
Bila memandu, harus berdisiplin,
Agar selamat, sampai destinasi.

Bunga Kebangsaan, Bunga Raya,
Rakyat bersatu penuh semangat,
Berhati-hati, di jalan raya,
Pandu cermat, jiwa selamat.

Nasihat daripada orang tempatan,
Berwaspada di atas jalan raya,
Sesal dahulu, itu pendapatan,
Sesal kemudian, tidak berguna.

Kawan

Seronok menyanyi "tepuk amai-amai",
Tidak perasan, tersepak arang,
Bila berkawan, biarlah ramai,
Musuh tidak, walau seorang.

Sibuk menghitung, bilangan hari,
Sambil berehat di pohon redup,
Ramai kawan, boleh dicari,
Rakan sejati, permata hidup.

Duduk selesa wahai teruna,
Melihat isteri lembut menari,
Teman bersuka, di sini sana,
Teman berduka, mana ku cari?

1. Pantun Berkait Tentang Budi

Teluk cempedak pantainya rata,
Bergulung ombak datang bertunda,
Bukan mudah mencari harta,
Laut diharung, gunung dilanda.

Bergulung ombak datang bertunda,
Ombak berlalu pantai bertangga,
Laut diharung gunung dilanda,
Sentengah berkerja sepenuh tenaga.

Ombak berlalu, pantai bertangga,
Bertambah indah ketika senja,
Setengah bekerja sepenuh tenaga,
Setengah menipu, membelit sahaja.

Bertambah indah ketika senja,
Waktu membenam si matahari,
Setengah bekerja membelit sahaja,
Tidak mengenang budi diberi.

   2.
Waktu membenam si matahari,
Mambang merah datang menanda,
Tidak mengenang budi diberi,
Kerana budi zahirnya tiada.

Mambang merah datang menanda,
Malam beransur menyelubungi semesta,
Kerana budi zahirnya tiada,
Nilaian kurang bandingan harta.

Malam beransur menyelubungi semesta,
Bertukar cahaya bulan nan terang,
Nilaian kurang, bandingan harta,
Bukannya dapat pada sebarang.

Bertukar cahaya bulan nan terang,
Cahaya perak warna perada,
Bukannya dapat pada sebarang,
Kebanyakan orang harta tiada.

   3.
Cahaya perak warna perada,
Tampak berseri dari seberang,
Kebanyakan orang harta tiada,
Hidup menjadi hamba orang.

Tampak berseri dari seberang,
Hanyut perahu tiada kemudi,
Hidup menjadi hamba orang,
Apatah lagi tiada berbudi.

Hanyut perahu tiada kemudi,
Dibawa alun ke seberang sana,
Apatah lagi tiada berbudi,
Dipandang hina barang kemana.

Dibawa alun ke seberang sana,
Diekor oleh si ikan raya,
Dipandang hina barang ke mana,
Orang benci tidak percaya.

   4.
Diekor oleh si ikan raya,
Berkilat-kilat di sinar cahaya,
Orang benci tidak percaya,
Mencari ikhtiar hidup mulia.

Berkilat-kilat di sinar cahaya,
Sahut menyahut si burung bayan,
Mencari ikhtiar hidup mulia,
Mestilah mencari harta kekayaan.

Sahut menyahut si burung bayan,
Terbang laju merentas desa,
Mestilah mencari harta kekayaan,
Kemudian hidup berbudi bahasa.
-------------
Tak tumbuh tak melata....
Cuba-cuba

Mandi di perigi di pagi hari,
Terasa sejuk menggigil jari,
Ku datang mencuba menulis di sini,
Harap kalian dapat amati.

Daun sirih dilipat lipat,
Disusun susun dalamnya puan,
Hati tersisih jiwa merempat,
Mencari kasih di dalam taman.

Wahai teman yang yg baik budi,
Apa kiranya ku cari ganti,
Cinta lara tidak bertepi,
Takkan ku lelah menghamba diri.

Ku cari yang jujur sopan dan ikhlas,
Penyejuk hati penenang azimat,
Saudara saudari salammu kan ku balas,
Tak kira jauh mahu pun dekat..

Monday, May 19, 2008

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum.
InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari.
Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya.
Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim.
Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari.. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah.

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub.
Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid.
Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) - Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud.
Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim.
Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat.
Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin.
Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah.
Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah.
Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah.
Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira.
Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari.
Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah.
Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.