CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, April 7, 2009

10 kunci persahabatan

1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.




2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.




3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.




4) Hargai pendapat satu sama lain.




5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.




6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.




7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress)menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda
sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaanmereka pula.




8) Belajar daripada satu sama lain.




9) Jangan mengata di belakang kawan anda.




10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

10 Perkara Di Benci Kaum Wanita

KEBANYAKAN lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran. Namun, lelaki tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh kaum wanita. Justeru, apa kata lelaki meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.


1.
Panas baran Pantang

silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa. Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.


2.
Mengongkong

Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.


3.
Ego

Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.


4.
Suka 'cuci mata'

Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.


5.
Main kayu tiga

Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai 'teman tapi mesra'. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.


6.
Tidak sensitif perasaan wanita

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat. Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.


7.
Pentingkan kawan-kawan

Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal. Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.


8.
Tidak tahu menghargai

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


9.
Meninggikan suara

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


10.
Penipu

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.

RAHSIA DIRI ADA PADA HARI DILAHIRKAN?

1hb.
Kamu seorang yang tidak tetap pendirian
terutamanya dalam soal cinta.
Kadangkala pilihan yang
kamu buat itu bukanlah yang terbaik.
Sebab itu cinta
kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud
keserasian.


2hb.
Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb,
kamu yang dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas
orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah
soal cinta.
Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa
yang mampu mengubahnya.


3hb.
Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam
menjalani kehidupan.
Kamu memerlukan cinta dalam hidup
namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk
meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan
untuk didekati.

4hb.
Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini
terlalu suka mengikut perasaan dan kata hati.
Sebab
itulah tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat
keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali.
Selalu
saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.


5hb.
Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu
kerana ia boleh memburukkan diri kamu sendiri.
Namun
kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang
yang kamu sayangi.

6hb.
Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang
cukup menarik hati.
Tidak hairanlah bila ramai yang
cuba menawan hati kamu.
Walau bagaimanapun, bagi kamu
banyak lagi perkara penting selain cinta.


7hb.
Kamu seorang yang 'happy go lucky' dan gemar
berseronak.
Namun sikap kamu yang agak berhati-hati
dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu.
Begitu
juga soal percintaan.
Kamu ni pemilih sangat!

8hb. Kamu seorang yang romantis.
Wah! beruntungnya
siapa yang menjadi pasangan kamu nanti.
Namun kamu
mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata
saja!

9hb.
Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga
personaliti dan keterampilan diri di mata orang ramai.

"Maintain vouge" manjang! Dalam soal cinta, sudah
tentu kamu ingin yang 'setaraf' juga.



10hb.
Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang
yang sangat mementingkan keluarga daripada
segala-galanya di dunia ini.
Kamu gembira dalam
keriuhan keluarga yang besar.
Namun sikap ini
kadangkala membuatkan buah hati terasa diri
terpinggir!

11hb.
Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin
dalam mengatur kehidupan kamu seharian.
Sebab itulah
kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian.

Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini
terasa boring bila terlalu mengikut peraturan?????

12hb. Kamu seorang yang setia dalam perhubungan.

Sekali kamu memberikan komitmen, selamanya kamu akan
setia.
Namun jangan tak tahu, ramai yang masih menaruh
minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya!!

13hb.
Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang
positif sahaja. Sebab itulah kamu disukai ramai.
Namun
dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak
tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta, kamu
amat pandai menjaga perhubungan.


14hb.
Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah
segalanya dalam hidup.
Sebab itulah kamu tidak
menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa.

Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam
senarai hidup kamu!!

15hb.
Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka
mengubah keputusan kamu secara tiba-tiba.
Namun
apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus
bertindak.
Punca pergaduhan antara kamu dan si dia,
sikap kamu ini yang suka membuat tindakan 'last
minutes'.


16hb. Kamu ini seorang yang moody rupanya....Sekejap
mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah.
Ini
membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu
itu. Cuba kawal sikit.


17hb.
Kamu lebih suka mejaga hati orang lain
berbanding hati kamu sendiri.
Namun sikat penting yang
kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan
sebenar kamu.


18hb.
Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih
lagi soal perasaan dan cinta.
Kamu lebih suka memendam
perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu.

Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan
kata sayang.


19hb.
Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang
kamu lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan
cinta.
Biasanya kamu lebih suka mulakan dengan
persahabatan sebelum menjadi serius.


20hb. Kamu ini terlalu banyak permintaan.
Ada sahaja
yang kamu inginkan.
Sebab itulah sering timbul
pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan
ini.
Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!!

21hb.
Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak
kisah membuatkan orang lain 'ambil mudah' terhadap
diri kamu. Begitu juga si dia.
Lebih baik kamu
berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu
tidak suka sebelum terlambat.


22hb.
Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang
amat bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup
sendiri.
Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang
yang kamu akan rasa' selamat' bila berada di
sampingnya.


23hb.
Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan
orang suka mendampingi kamu.
Malangnya kamu sering
terasa bosan bila berada di samping teman-teman dan si
dia.
Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam
hidup.


24hb. Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri.

Dalam perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai
hingga membuatkan kamu bersifat menggongkong si dia.


25hb.
Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar
mempercayai lelaki/perempuan yang bagi pendapat kamu
ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu.

Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau kan?????

26hb.
Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan
tidak serius dalam perhubungan yang dijalinkan.
Malah
kamu lebih mementingkan keseronokan saja!!!!

27hb.
Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada
orang lain walaupun kekasih kamu sendiri.
Tak baik
wasangka !!!!

28hb.
Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai di
kalangan teman-teman.
Namun kadangkala di dalam
keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu meminggirkan si
dia tanpa disedari.


29hb.
Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen
dengan sesiapa saja selagi kamu tidak puas hati dengan
apa yang kamu miliki.


30hb. Kamu seorang yang keras kepala.
Ini juga punca
pergaduhan kamu dengan si dia kerana kamu sukar untuk
beralah!!!!

31hb. Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup.

Jangan begitu, hargai apa yang kamu miliki sekarang
termasuk si dia yang setia!!!!

Rumah yg tidak dimasuki iblis

1) Rumah yang penghuninya saling bermaaf-maafan di antara satu sama lain

2) Rumah yang penghuninya berada dalam keadaan bersih dan berzikir kepada Allah

3) Rumah yang penghuninya sentiasa menjauhkan diri dari melakukan perbuatan tercela

4) Rumah yang penghuninya sentiasa merendah diri kepada Allah

5) Rumah yang penghuninya tidak melakukan perbuatan haram

6) Rumah yang penghuninya terdiri dari pesangan soleh dan solehah

7) Rumah yang penghuninya sentiasa berbakti kepada ibubapa

8) Rumah yang penghuninya sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah

9) Rumah yang penghuninya sentiasa menghubungkan tali silaturahim

10) Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga hak-hak dan kewajipan terhadap Allah