CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, March 16, 2009

Khasiat Solat Untuk Kesihatan

SOLAT : TERAPI TERHEBAT YANG DIWAJIBKAN OLEH YANG MAHA ESA

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.


Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok telah menjadi manusia perintis di Malaysia mengkaji kesan soalt ke atas kesihatan manusia secara saintifik.
Kajian dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Profesor Wan Abu Bakar mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat dan Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh

Dapatan Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

* Otot Menjadi Lebih Kuat: Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh.


Dapatan Ng Siew Chok - Isyarat Otak

* Orang Mendirikan Solat Berfikiran Tenang : Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

* Tama’ninah Kktiviti paling Tenang: Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya. Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

* Solat Mampu Meningkatkan Daya Fokus: Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.


Dapatan Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

* Perlu Lakuan 5 aktiviti Untuk Kekalkan Tubuh Yang Baik: Untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

* Solat Jamah Lebih Baik: kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif. ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang” katanya.

* Solat Tarawih & Puasa: Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

* Pengubat Sakit Pinggang: Posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

* Pengubat Mati Pucuk: Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
* Denyutan Jantung Paling Baik Ketika Sujud: Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring. Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.


Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama. “Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat.
Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya

FAHAMI WANITA

Cuba fahami wanita

Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah:
... & Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan.
Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:

- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Cara dan tahap pengorbanan
- Cara dan daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa

- Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.


- Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan
kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.


- Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.

Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.


- Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki.
Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!

- Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.


- Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel.


- Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.


- Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari,malah berminggu-minggu.


Sebenarnya, ada banyak lagi perbezaan antara lelaki dan perempuan, tetapi saya paparkan intinya saja. Kalau anda dapat memahami inti perbezaan-perbezaan ini dengan baik, insya-Allah akan lebih mudahlah bagi anda suami isteri menangani sebarang perselisihan supaya tidak berlarutan hingga membawa kepada perpecahan rumahtangga.

Baca Je la..

Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.

budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua.
adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.

lelaki : ?????

Citer 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.

Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.

Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........

Citer 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik.
Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti.
Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 5
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu.
Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.

Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.

Kawan Tok Batin : ????????

Citer 6
Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Citer 7
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

kisah 1
Seorang lelaki pergi ke klinik mata.
Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya.
Dah
lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.


kisah 2
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.

Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya.
Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.

(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.
)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

kisah 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

"Atok buat apa tu?".

"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.

Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong
merah tu?"

kisah 4
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Rahsia Mengenal Wanita Dari Cara Berjalan

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

10 Petanda Menunjukkan Dia Adalah Jodoh Kita

Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang saya perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

“ Manusia merancang, Allah menentukan...”

Sifat-sifat Memilih Sahabat

Alqamah berpesan kepada puteranya."Wahai anakku, kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadannya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik darimu, ia akan menutupnya.

6. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

7. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanya kesusahanmu.

8. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu.

9. Jika engkau berkata kepadanya, ia akan membenarkannya.

10. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

11. Jika engkau berdua berselisihan faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Kesimpulannya: Jika kamu merasakan cukup perkara diatas pada seseorang kenalan kamu, maka pilihlah ia. Kerana ia merupakan sahabat yang akan membantu menuju jalan hakiki."
Insya ALLAH...

Rakan Atau Sahabat

Apa erti friendship? Persahabatan? Persaudaraan? Ikatan hubungan? Hmm semua itu menjadi persoalan yang membawa seribu pengertian...

Maksudnya terlalu luas, nilainya terlalu agung hadirnya memberi harapan kepada kita. Itu lah yang difikirkan oleh mereka yang mementingkan persahabatan.
Ketulusan menjadi lambang kesucian dalam perhubungan,
Keikhlasan menjadi ikatan kemesraan antara hati,
Kasih yang tidak ternilai dari seorang sahabat,
Semuanya membawa kita menuju mahligai kebahagiaan.
Cakap sahabat yang jujur sebenarnya lebih bernilai daripada harta warisan nenek moyang kita. Itulah kata Saidina Ali r.a.

Sahabat adalah akar kekuatan kepada pohan kelemahan kita.
Mereka pendorong kita di kala susah di samping kita menumpang kegembiraan.
Sahabat seorang yang memahami kita,
membantu kita ke arah kebaikan
menolong kita di kala kesesatan
menegur kita apabila kita melakukan kesalahan.
Jangan lah kita menganggap orang yang rapat itu mampu setia kepada kita dan mereka yang jauh itu buta tentang kita.
Kadangkala mereka yang jauh itulah memerhatikan kita, mengambil berat tentang diri kita dan sentiasa berdoa untuk kita.
Kadangkala yang rapat itulah sebenarnya menyuntik racun ke dalam jiwa kita dan yang tidak jemu-jemu menegur itulah menyuapkan penawar kepada kita walaupun pada permulaannya memang pahit.
Rakan yang jarang menegur kita di kala kesesatan mereka itu hanya hidup di bawah bayang-bayang kekeliruan. Mereka ini tidak layak digelar sebagai sahabat.
Cukup sekadar kawan
Carilah sahabat yang terbaik untuk diri kita:
Orang yang sentiasa menunjukkan kebenaran
Orang yang sentiasa membantu di kala memerlukan
Orang memandu kita di kala kebingungan
Orang yang menegur kita apabila kita melakukan kesalahan...
Kawanlah yang sentiasa mengisi rongga kehidupan kita. Liku-liku kehidupan kita ketika remaja hinggalah ke dewasa bersama rakan-rakan.
Adakah kita sanggup menghabiskan sisa-sisa hidup kita dengan berdamping bersama orang-orang yang melekakan kita? Tidakkah terasa kerugian apabila kita mendapat kegembiraan untuk sementara bersama kawan-kawan yang menyebarkan racun atau menikmati kebahagiaan indah bersama sahabat yang sentiasa menyokong kita dan sentiasa membenarkan kebenaran terhadap diri kita? Sanggupkah kita memakan diri kita? Sanggupkah kita mengkhianati sahabat setelah mereka membimbing kita dan bersama kita ketika kita memerlukan?
Carilah sahabat yang membawa nur kebenaran dan pandulah teman yang berada dalam bayang-bayang kekeliruan.
Bezakanlah antara kaca dan permata,
Bezakanlah antara kebenaran dan penipuan,
Selemah-lemah manusia ialah orang tidak mampu mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari
(Saidina Ali R.A)

Sahabat amat penting,
Pilihlah yang terbaik untuk diri kita,
Bersama-sama sahabat,
Menuju medan kemuliaan...

Rahsia dan Kelebihan Pada Senyuman

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Terapi Warna Untuk Kesihatan

SERINGKAH Anda merasa tubuh tidak enak? Bukan hanya tubuh, tetapi perasaan pun tak nyaman...

Hal semacam ini sering disebut mood. Tubuh anda sebenarnya tidak sakit, tetapi tidak ada keghairahan untuk melakukan sesuatu. Jangan terburu-buru berfikiran bahawa anda menderita sesuatu penyakit.

Warna, sejak zaman Mesir Kuno memang sudah dipercayai mempunyai pengaruh yang besar pada tubuh (fizikal, emosi, dan mental) manusia.Warna mempengaruhi aura tubuh sehingga jika tubuh kelebihan atau kekurangan salah satu warna, akan terjadi ketidakseimbangan tubuh yang akhirnya mempengaruhi mood dan kesihatan tubuh.

Warna memang mempunyai kekuatan untuk tubuh. Warna bukanlah ubat, tetapi ia mampu membantu dalam proses penyembuhan semangat. Antaranya ialah :

HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
Warna: MERAH

Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin dalam tubuh anda.

MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
Warna: BIRU

Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu objek yang berwarna biru. Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Atau cuba ubah “screen saver” komputer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa ketegangan.

ELAKKAN INSOMNIA
Warna: MERAH JAMBU

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa di waktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna merah jambu (pink) .Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik…

CERIAKAN MOOD ANDA
Warna: JINGGA

Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.

LENYAPKAN KELETIHAN
Warna: HIJAU

Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam tubuh badan.