Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar
bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam
yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal .
Datuk Harussani juga minta kepada semua
penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya
jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa
pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di Malaysia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...Depa send memorandum kepada PM minta 15 perkara
berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama
sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan.
Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak
kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam.
Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-
anak.
Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, "Hang
nak ikut ugama apa?"...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia.
Kita tak boleh nak
buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama -
maknanya, perkataan "Islam" yang ada kat mykad kita itu, depa minta di"tiada"kan .
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama
kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan
Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam .
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan,
kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -mahkamah syariah
kalau takdak, habih la kita tuan-tuan.
Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya
mahkamah yang defence agama kita.
Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid
pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?... Kalau takdak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akanberjalan di atas akad nikah, sebaliknya,
perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.
Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang
tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabilamasuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh
diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tvyang menerangkan tentang ajaran Islam dalam
bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberiruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa
Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia? ...lagi 3 ana tak
ingat, ante boleh refer dalam majalah Millenium Muslim.
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama
kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan
tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti
Perak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!".. .
Datuk Harussani balas
dalam majalah "Millenium Muslim", katanya, "Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau
lebih, maka inilah hadiahnya!". ..Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia.
Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada bendadalammulutsampaitakbolehnakbuka!
. ............... ... ... ..... ..... ...... ... ..... .. ............... ... ...... ............ ............... ... . ............... ... ...... ............ .....
Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya:
"Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil
daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang
merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang
berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.
Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu
dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya.
Mereka mendahulukannya melebihi kitab
Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib
diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain
daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar
(rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn
Kathir jld. 2, m.s. 70.
CetakanBeirut)
Allahu ta..ala ..alam.
Thursday, May 21, 2009
Wajib di baca tau!!!
Posted by Mr. ZeDi at 8:16 AM 0 comments
Tuesday, April 7, 2009
10 kunci persahabatan
1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.
2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.
3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
4) Hargai pendapat satu sama lain.
5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress)menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda
sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaanmereka pula.
8) Belajar daripada satu sama lain.
9) Jangan mengata di belakang kawan anda.
10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.
Posted by Mr. ZeDi at 10:11 PM 0 comments
10 Perkara Di Benci Kaum Wanita
KEBANYAKAN lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran. Namun, lelaki tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh kaum wanita. Justeru, apa kata lelaki meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.
1.
Panas baran Pantang
silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa. Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.
2.
Mengongkong
Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.
3.
Ego
Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.
4.
Suka 'cuci mata'
Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.
5.
Main kayu tiga
Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai 'teman tapi mesra'. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.
6.
Tidak sensitif perasaan wanita
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat. Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.
7.
Pentingkan kawan-kawan
Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal. Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.
8.
Tidak tahu menghargai
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
9.
Meninggikan suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
10.
Penipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.
Posted by Mr. ZeDi at 10:10 PM 0 comments
RAHSIA DIRI ADA PADA HARI DILAHIRKAN?
1hb.
Kamu seorang yang tidak tetap pendirian
terutamanya dalam soal cinta.
Kadangkala pilihan yang
kamu buat itu bukanlah yang terbaik.
Sebab itu cinta
kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud
keserasian.
2hb.
Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb,
kamu yang dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas
orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah
soal cinta.
Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa
yang mampu mengubahnya.
3hb.
Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam
menjalani kehidupan.
Kamu memerlukan cinta dalam hidup
namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk
meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan
untuk didekati.
4hb.
Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini
terlalu suka mengikut perasaan dan kata hati.
Sebab
itulah tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat
keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali.
Selalu
saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.
5hb.
Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu
kerana ia boleh memburukkan diri kamu sendiri.
Namun
kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang
yang kamu sayangi.
6hb.
Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang
cukup menarik hati.
Tidak hairanlah bila ramai yang
cuba menawan hati kamu.
Walau bagaimanapun, bagi kamu
banyak lagi perkara penting selain cinta.
7hb.
Kamu seorang yang 'happy go lucky' dan gemar
berseronak.
Namun sikap kamu yang agak berhati-hati
dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu.
Begitu
juga soal percintaan.
Kamu ni pemilih sangat!
8hb. Kamu seorang yang romantis.
Wah! beruntungnya
siapa yang menjadi pasangan kamu nanti.
Namun kamu
mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata
saja!
9hb.
Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga
personaliti dan keterampilan diri di mata orang ramai.
"Maintain vouge" manjang! Dalam soal cinta, sudah
tentu kamu ingin yang 'setaraf' juga.
10hb.
Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang
yang sangat mementingkan keluarga daripada
segala-galanya di dunia ini.
Kamu gembira dalam
keriuhan keluarga yang besar.
Namun sikap ini
kadangkala membuatkan buah hati terasa diri
terpinggir!
11hb.
Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin
dalam mengatur kehidupan kamu seharian.
Sebab itulah
kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian.
Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini
terasa boring bila terlalu mengikut peraturan?????
12hb. Kamu seorang yang setia dalam perhubungan.
Sekali kamu memberikan komitmen, selamanya kamu akan
setia.
Namun jangan tak tahu, ramai yang masih menaruh
minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya!!
13hb.
Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang
positif sahaja. Sebab itulah kamu disukai ramai.
Namun
dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak
tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta, kamu
amat pandai menjaga perhubungan.
14hb.
Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah
segalanya dalam hidup.
Sebab itulah kamu tidak
menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa.
Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam
senarai hidup kamu!!
15hb.
Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka
mengubah keputusan kamu secara tiba-tiba.
Namun
apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus
bertindak.
Punca pergaduhan antara kamu dan si dia,
sikap kamu ini yang suka membuat tindakan 'last
minutes'.
16hb. Kamu ini seorang yang moody rupanya....Sekejap
mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah.
Ini
membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu
itu. Cuba kawal sikit.
17hb.
Kamu lebih suka mejaga hati orang lain
berbanding hati kamu sendiri.
Namun sikat penting yang
kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan
sebenar kamu.
18hb.
Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih
lagi soal perasaan dan cinta.
Kamu lebih suka memendam
perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu.
Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan
kata sayang.
19hb.
Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang
kamu lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan
cinta.
Biasanya kamu lebih suka mulakan dengan
persahabatan sebelum menjadi serius.
20hb. Kamu ini terlalu banyak permintaan.
Ada sahaja
yang kamu inginkan.
Sebab itulah sering timbul
pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan
ini.
Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!!
21hb.
Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak
kisah membuatkan orang lain 'ambil mudah' terhadap
diri kamu. Begitu juga si dia.
Lebih baik kamu
berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu
tidak suka sebelum terlambat.
22hb.
Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang
amat bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup
sendiri.
Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang
yang kamu akan rasa' selamat' bila berada di
sampingnya.
23hb.
Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan
orang suka mendampingi kamu.
Malangnya kamu sering
terasa bosan bila berada di samping teman-teman dan si
dia.
Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam
hidup.
24hb. Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri.
Dalam perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai
hingga membuatkan kamu bersifat menggongkong si dia.
25hb.
Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar
mempercayai lelaki/perempuan yang bagi pendapat kamu
ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu.
Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau kan?????
26hb.
Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan
tidak serius dalam perhubungan yang dijalinkan.
Malah
kamu lebih mementingkan keseronokan saja!!!!
27hb.
Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada
orang lain walaupun kekasih kamu sendiri.
Tak baik
wasangka !!!!
28hb.
Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai di
kalangan teman-teman.
Namun kadangkala di dalam
keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu meminggirkan si
dia tanpa disedari.
29hb.
Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen
dengan sesiapa saja selagi kamu tidak puas hati dengan
apa yang kamu miliki.
30hb. Kamu seorang yang keras kepala.
Ini juga punca
pergaduhan kamu dengan si dia kerana kamu sukar untuk
beralah!!!!
31hb. Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup.
Jangan begitu, hargai apa yang kamu miliki sekarang
termasuk si dia yang setia!!!!
Posted by Mr. ZeDi at 10:09 PM 0 comments
Rumah yg tidak dimasuki iblis
1) Rumah yang penghuninya saling bermaaf-maafan di antara satu sama lain
2) Rumah yang penghuninya berada dalam keadaan bersih dan berzikir kepada Allah
3) Rumah yang penghuninya sentiasa menjauhkan diri dari melakukan perbuatan tercela
4) Rumah yang penghuninya sentiasa merendah diri kepada Allah
5) Rumah yang penghuninya tidak melakukan perbuatan haram
6) Rumah yang penghuninya terdiri dari pesangan soleh dan solehah
7) Rumah yang penghuninya sentiasa berbakti kepada ibubapa
8) Rumah yang penghuninya sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah
9) Rumah yang penghuninya sentiasa menghubungkan tali silaturahim
10) Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga hak-hak dan kewajipan terhadap Allah
Posted by Mr. ZeDi at 10:02 PM 0 comments
Monday, March 16, 2009
Khasiat Solat Untuk Kesihatan
SOLAT : TERAPI TERHEBAT YANG DIWAJIBKAN OLEH YANG MAHA ESA
SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok telah menjadi manusia perintis di Malaysia mengkaji kesan soalt ke atas kesihatan manusia secara saintifik.
Kajian dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Profesor Wan Abu Bakar mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat dan Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh
Dapatan Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot
* Otot Menjadi Lebih Kuat: Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh.
Dapatan Ng Siew Chok - Isyarat Otak
* Orang Mendirikan Solat Berfikiran Tenang : Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
* Tama’ninah Kktiviti paling Tenang: Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya. Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
* Solat Mampu Meningkatkan Daya Fokus: Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
Dapatan Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
* Perlu Lakuan 5 aktiviti Untuk Kekalkan Tubuh Yang Baik: Untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
* Solat Jamah Lebih Baik: kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif. ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang” katanya.
* Solat Tarawih & Puasa: Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
* Pengubat Sakit Pinggang: Posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.
* Pengubat Mati Pucuk: Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
* Denyutan Jantung Paling Baik Ketika Sujud: Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring. Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama. “Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat.
Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya
Posted by Mr. ZeDi at 8:21 PM 0 comments
FAHAMI WANITA
Cuba fahami wanita
Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah:
... & Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan.
Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:
- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Cara dan tahap pengorbanan
- Cara dan daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa
- Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.
- Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan
kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.
- Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.
Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.
- Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki.
Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!
- Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.
- Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel.
- Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.
- Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari,malah berminggu-minggu.
Sebenarnya, ada banyak lagi perbezaan antara lelaki dan perempuan, tetapi saya paparkan intinya saja. Kalau anda dapat memahami inti perbezaan-perbezaan ini dengan baik, insya-Allah akan lebih mudahlah bagi anda suami isteri menangani sebarang perselisihan supaya tidak berlarutan hingga membawa kepada perpecahan rumahtangga.
Posted by Mr. ZeDi at 8:19 PM 0 comments